Disini saya ingin berkongsi cerita yang pernah saya ketahui. Kisah ini sudah lama tertimbus dan terbenam serta hampir dilupakan. Kisahnya ringkas tetapi punya pengajaran dan iktibar yang sangat mendalam untuk kita hayati dan praktik bersama, lebih-lebih lagi dengan situasi politik dan kepimpinan negara yang terkini sangat membimbangkan kita. Diharap anda membaca kisah ini hingga ke akhirnya.
Kisah bermula ketika era pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin yang sangat saya kagumi. Khalifah Umar dikagumi sebagai seorang khalifah yang berjiwa rakyat, sering berjaga malam, merayau-rayau di sekitar Madinah untuk melihat keadaan rakyatnya di waktu malam.
Pada suatu ketika menjelang subuh, setelah letih merayau-rayau meneliti keadaan rakyatnya, Amirul Mukminin ini duduk bersandar pada sebuah tembok rumah kecil di hujung
Si ibu berkata, “Campurkanlah susu itu dengan air!”.
“Amirul Mukminin melarang susu campuran. Apakah ibu tidak mendengar dia melarang perbuatan itu?” ujar puterinya.
“Umar tidak melihat kita. Dia tidak mungkin mengetahui perbuatan kita di penghujung terakhir malam ini.”, jawab si ibu.
Kemudian puterinya menjawab lagi, “Wahai ibu, seandainya Umar tidak melihat kita, tetapi Tuhan Umar melihat kita. Sungguh demi Allah, aku tidak akan melakukannya. Allah juga melarang perbuatan itu”
p/s : Susu tersebut kegunaanya ialah untuk urusan jual beli.
Pernyataan gadis itu menjadi penyejuk bagi hati Khalifah Umar. Kemudiannya dia meneruskan perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi untuk bersolat subuh berjemaah. Selesai solat subuh, khalifah pun pulang ke rumah. Kata-kata gadis tadi masih terngiang-ngiang di terlinganya, “Seandainya Umar tidak melihat kita, tetapi Tuhan Umar melihat kita.”
Umar pun memanggil seorang anak puteranya yang ingin berkahwin, yang bernama ‘Ashim. Lalu Umar pun berkata dengan saranan mengunjungi rumah gadis itu, “Wahai anakku, pergilah dan nikahlahi dia. Aku tidak melihatnya, kecuali mendapatkan keberkatan. Semoga dia melahirkan zuriat yang akan memimpin Arab”.
‘Ashim pun menikahi gadis miskin yang wara’ itu. Gadis itu bernama Ummu Ammarah binti Sufyan bin Abdullah bin Rabiah ats-Tsaqafi. Hasilnya,pernikahan tersebut lahirlah seorang puteri yang mereka namakan Laila, atau dipanggil Ummu ‘Ashim. Ummu ‘Ashim kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan. Hasil pernikahan inilah lahirlah seorang khalifah yang zuhud, bertaqwa dan wara’ iaitu Umar bin Adul Aziz. Di dalam diri Umar bin Abdul Aziz mengalir darah Umar Al-Khattab.
Pengajaran dari episod pertama ini ialah,
- Khalifah Umar Al-Khattab merupakan susuk khalifah Islam yang tiada tolok bandingnya dalam menjaga kebajikan rakyat. Apabila ada pemimpin yang bertaqwa dan wara’, maka akan ada juga rakyat yang bertaqwa dan wara’ seperti Ummu Ammarah tadi.
- Berkat. Islam mempunyai isu berkat. Isu berkat tidak diajar dalam sains, dan juga tidak dapat dibuktikan melalui kajian dalam makmal-makmal sains. Contohnya, kata doktor kepada pesakit untuk mengambil pemakanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tetapi ia cuma terhad kepada khasiatnya sahaja sekiranya ia datang dari usaha yang haram mahupun terlarang. Lain pula dengan saranan Islam supaya mengerjakan ibadah seperti berdoa, berpuasa, berusaha mendapatkannya dari jalan yang halal, bertawakkal, dan bersolat semata-mata untuk mendapatkan keberkatan dari Allah juga. Maka, hasil daripada inilah datangnya berkat. Berkat daripada Umar Al-Khattab yang melempar jauh-jauh syirik dan bulatkan hatinya hanya kepada Allah melahirkan keturunan yang cemerlang seperti cicitnya Umar bin Abdul Aziz. Oleh itu rakyat juga sangat berharap pemimpin kita pada hari ini memikirkan dahulu soal berkat ini dalam bertindak yang akhirnya akan menguntungkan rakyat serta mengundang rahmat Allah di akhirat kelak.
Kisah akan bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan