19 Nov 2008

Fikir-Fikir : Mensyukuri Nikmat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sudah lama saya biarkan blog saya ini tidak di isi dengan maklumat dan perkongsian. Mungkin boleh saya katakan saya alpa dengan sikap saya yang bertangguh-tangguh. Sepanjang ketiadaan saya berkongsi cerita di sini, sebanarnya saya banyak berfikir dan memerhati apa yang berlaku di dunia nyata. Terlibat dengan banyak program dan tugas sebagai pekerja membuatkan saya banyak melihat dan mengalami pengalaman baru.

Sewaktu menjelajah ke hampir separuh negeri Sarawak beberapa bulan yang lalu atas urusan kerja membuatkan saya semakin mengerti akan makna syukur dan mewah dengan apa yang ada pada kita di bandar, tidak seperti mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka walaupun daif kemudahan tetapi masih boleh meraut senyuman menyambut kedatangan tetamu dan mengerjakan pekerjaan harian. Walaupun mereka ini majoritinya beragama Kristian mereka tetap bersyukur cara hidup mereka seolah2 tiada stress tentang kewangan. Makan minum mereka dari tanaman yang mereka usahakan. Wang yang mereka perolehi memang cukup buat mereka menyekolahkan anak, membeli keperluan dapur lain dan mungkin sedikit untuk pengangkutan.

Cuba kita renungkan diri kita kembali sebagai seorang Islam, apakah kita yang mewah di bandar ini tidak punya rasa puas dan syukur dengan apa yang ada? Kita pasti akan menjawab kita bersyukur dengan bersolat, zikir, doa, menjaga hak itu ini, tetapi dalam diam dan tidak kita sedari kita mendengus dan merungut akan kekurangan yang kita alami waktu itu berbanding masa kita mudah dan senang malah sepanjang hari tidak senang memikirkannya. Jika itu masih ada maknanya kita perlu masih bermuhasabah tentang mensyukuri nikmat Allah yang kita nikmati. Ada pula orang yang bersyukur akan apa yang ada padanya tetapi tidak mensyukuri nikmat yang ada pada orang lain, malah merendahkan apa yang orang lain ada berbanding dirinya.

Harapnya apa yang saya bangkitkan ini kita sama-sama fikirkan dan bertindak memperbaikinya. Rakan-rakan sekalian, sebenarnya kita masih perlu belajar mensyukuri nikmat yang kita ada.. Wallahualam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. tahniah sebab kembali menulis..teruskan usaha.. terima kasih atas perkongsian pandangan. ana bersetuju, nasihat harus diberikan selalu. itu tugas kita sebagai umat Islam yang mengaku Islam. Islam itu lebih penting kalau nak difikirkan berbanding dengan amanah sebagai pendakwah,sebab ramai yang akan mengelak untuk berdakwah atas alasan tidak bersedia, tidak ade kekuatan dan tak layak. tapi kita semua Islam dan Islam itu amat mudah diikuti..