Saya pulang ke Kuching, Sarawak pada 15 Februari 2008 untuk menduduki peperiksaan peringkat pertama untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41. Inilah kepulangan kedua saya dalam tempoh dua minggu, kurang ‘syok’ rasanya. Walaupun begitu saya sendiri memang tidak menyangka mendapat panggilan dari SPA untuk hadir ke peperiksaan tersebut. Saya rasa bernasib baik kerana mendapat surat panggilan 2 minggu lebih awal dari tarikh peperiksaan yang dijadualkan pada 16 Februari 2007 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Batu 13 Kuching. Lega, kerana sempat untuk mentelaah mana yang patut.
Dalam dua minggu tersebut saya sempat mencari bahan bacaan dan bertanyakan kepada rakan-rakan yang telah menjadi PTD berkenaan bentuk ujian dan sedikit tips.
Antara persiapan yang saya buat ialah membeli buku rujukan ‘Malaysia Kita’ yang sedia maklum merupakan buku rujukan umum untuk menduduki peperiksaan am kerajaan yang mengandungi sejarah, dasar-dasar kerajaan dan sistem pentadbiran Malaysia. Walaupun begitu buku ini tidak banyak membantu kerana apabila saya sendiri mengalami peperiksaan tersebut, tidak banyak soalan yang berkaitan dari buku ini yang ditanya. Apa yang ditanya adalah berkenaan diri kita, pengetahuan yang selama ini kita ketahui melalui bacaan dan kepekaan kita kepada isu semasa. Lega lagi, kerana pembacaan dan kepekaan selama ini sangat banyak membantu. Antara soalan yang ditanya ialah mengenai sahsiah diri bila berhadapan masalah, tanggapan pada diri dan orang lain, sikap semasa menyelesaikan masalah, isu-isu semasa negara, pengetahuan am tentang Malaysia, Asia Tenggara dan dunia, isu-isu semasa sukan, pengetahuan tentang cabang-cabang ilmu di universiti, soalan penyelesaian masalah berkonsepkan matematik dan logik, pemahaman kepada esei (Bahasa Melayu dan Inggeris), dan akhir sekali kemahiran menulis esei (Bahasa Melayu dan Inggeris). Kesemua bentuk soalan ini terbahagi kepada 6 seksyen.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah peperiksaan PTD M41 ialah peperiksaan mengenalpasti berkenaan tentang sikap kita bila berhadapan dengan masalah dan membuat keputusan. Bukan pengetahuan semata-mata. Selain itu, peperiksaan ini mengenalpasti juga kemahiran kita memahami esei, menghuraikan pendapat dan idea secara bernas. Berkenaan dengan penyelesaian masalah matematik dan logik pula saya berpendapat 40 soalan matematik dan logik yang dikemukakan dalam 40 minit bukan semata-mata bertujuan untuk mendapat markah tertinggi dengan jawapan yang tepat, tetapi lebih bersifat mengenalpasti integriti kita dalam menyelesaikan masalah. Memang tidak akan cukup masa untuk menjawab 40 soalan dalam 40 puluh minit. Jadi, disinilah letaknya integriti kita, kalau tak cukup masa, tinggalkan soalan yang belum dijawab, jangan tembak dengan M-16 anda! Biarkan kosong. Dan sememangnya tidak akan cukup masa! Tapi ramai yang tidak cukup masa akan menembak jawapan sama ada A, B, C, D atau E bagi soalan-soalan yang seterusnya yang belum terjawab. Soalan yang anda jawab ini akan dibandingkan pula dengan jawapan anda pada kertas sahsiah anda, jika anda menjawab anda adalah seorang yang teliti bila membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, tetapi anda menjawab ‘main tembak’ di saat akhir pada kertas matematik, maka integriti anda sudah dapat dikenalpasti pada tahap mana. Walauapapun tanggapan, dalam arahan setiap kertas soalan sudah tercatat supaya jadilah diri anda sendiri, jangan menjadi orang lain.
Peperiksaan PTD M41 seluruh negara yang bermula pada jam 9.00 pagi tamat jam 4.30 petang. Keberadaan saya untuk menduduki peperiksaan ini akhirnya selesai dan saya sempat juga bertemu calon-calon lain yang ada di antara mereka adalah rakan di UNITAR dahulu. Masing-masing kami bertukar cerita dan pengalaman. Yang mengejutkan dan mengembirakan ialah salah seorang orang penting di UNITAR, ‘Doc’ telah bergelar pengantin baru sekali lagi, dan kini sudah ada 2 isteri. Tahniah Doc! Semoga berbahgia dan bertambahlah tanggungjawab. ini bermakna peluang untuk menambah kemuliaan darjat sebagai khalifah Allah jika perkahwinan tertegak pada sendinya yang benar dan suci serta berlaku adil.
Saya pulang ke KL keesokkan harinya, Ahad 17 Februari 2008. Kepulangan singkat saya memang tidak mengizinkan saya untuk menziarahi rakan-rakan PERKEPIS yang lain diatas keterbatasan masa melainkan hanya Ustaz Hasfa kerana kami duduk sekampung. Kami sempat berbincang dan bertukar cerita dan itu cukup untuk membuatkan saya rasa senang hati. Selain itu sempat juga menziarahi adik di Kem PLKN Puncak Permai, Bau dan rumah ‘bakal’ bapa mertua (insya-Allah) untuk bertanya khabar.
Apa yang saya harapkan dari pengalaman hujung minggu lalu ialah jika rezeki menjadi PTD adalah memang untuk saya yang telah ditentukan Allah sejak azali lagi, maka itulah yang saya terima. Jika tidak dapat sekalipun, tidak ada apa yang perlu saya kesalkan. Wallahua’lam.

6 ulasan:
Salam...
exam PTD...
Susah tapi banyak jawapan yang perlu di fikir secara logik dan yang paling penting general knowledge mesti kuat...
kmk kantoi paper pengetahuan am...
doakan kejayaan bersama..wassalam
salam ziarah... semoga berjaya..
Salam..
Tulip doakan semoga berjaya dalam segala apa juak yang dilakukan..
salam.syeikh enta pass xm ptd??dpt ke stage strusnye??
salam... ya! ana lulus.. alhamdulillah.. tengah tunggu panggilan stage kedua..
Kalau nak dapatkan contoh-contoh soalan, pakej rujukan gred 41 dapat membantu. Dapatkan di http://peperiksaan-gred41.tk. Ianya pakej lengkap yang dapat membantu kawan-kawan untuk berjaya dalam exam tu. Gud luck
Catat Ulasan